KELAB
ANAK-ANAK SIK, KEDAH
DI KUALA LUMPUR DAN
SELANGOR
(KELAB ANAK-ANAK
SIK, KEDAH)
DEFINISI LOGO
Logo Kelab Anak-Anak Sik, Kedah adalah satu identiti penyatuan ahli di bawah satu pengurusan bagi mencapai matlamat penubuhan kelab. Gabungan warna hijau dan kuning adalah lambang kebanggan negeri yang menjadi aspirasi kejayaan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
MAKSUD BENTUK
- BULATAN HIJAU - Anak-anak Sik berada dibawah satu bumbung.
- MERCU MERAH - Pelbagai lapisan masyarakat untuk pembangunan daerah Sik.
MAKSUD WARNA
- MERAH - Melambangkan kesanggupan, keberanian, kegigihan, dan semangat membara ahli kelab menghadapi cabaran.
- HIJAU - Negeri kedah yang kaya dengan pohon menghijau dan lambang semangat ahli yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.
- KUNING - Warna diraja dan lambang sawah padi yang menjadi nadi pembangunan negeri Kedah.
No comments:
Post a Comment